بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Wednesday, October 1, 2014

Perindu Syurga


Alhamdulillah, 
Allah bukakan hati ini untuk akur pada perintahNya
Allah lembutkan hati ini untuk menikmati segala nikmatNya
Allah permudahkan urusan dan kelangsungan hidup ini untukNya

Alhamdulillah, 
Allah bentangkan permaidani indah dihadapanku untuk merasai adanya DIA
tempat untuk hati ini bertaut..
tempat untuk hati ini bersandar pada keluh kesah dunia
tempat untuk hati ini melabuhkan bahtera cinta
tempat untuk hati menanamkan semangat bertemu denganNya

Benarlah,
Tiada cinta sehebat cintaNya
tiada kesempurnaan dalam setiap hati-hati manusia 
jika itu yang didamba
kerana pada cinta manusia itu
penuh dengan muslihat dan kata nista
penuh dengan janji yang tidak terkota

Sesungguhnya,
Allah sehebat-hebat Pencipta
Pencipta langit dan bumi yang nyata
Pencipta sang bintang dan bulan purnama
Pencipta syurga dambaan manusia

...dan aku percaya
Allah yang satu tiada dua





No comments:

Post a Comment